JUMLAH MAGSA BANJIR DI KEDAH KEKAL 81 ORANG

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

27TINGGAL

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan di Kedah setakat pukul 8 pagi ini kekal 81 orang seperti malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia membabitkan 19 keluarga di dua pusat pemindahan di Kubang Pasu dan Pendang.

Di daerah Kubang Pasu, pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Kodiang Lama, Jitra yang menempatkan 48 mangsa daripada sembilan keluarga.

Sementara di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang pula menempatkan seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga.

Hujan lebat yang berlaku Rabu lalu menyebabkan banjir kilat dan penduduk di daerah Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kubang Pasu dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara. - Bernama

 

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

195031
Bulan IniBulan Ini937

Kemaskini

Last Update:
General update: 17-10-2017 06:24

QR KOD

 Scan QR Code Anda Di sini