BANTUAN AWAL KEPADA MANGSA BERDAFTAR

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

24bantuan

 

JITRA 24 September - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan bantuan awal RM100 kepada setiap ketua keluarga yang dipindahkan akibat banjir di negeri ini.

Menurutnya, bantuan itu akan diberikan serta-merta kepada setiap keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Bantuan ini sebagai usaha membantu mereka untuk membeli barangan keperluan apabila pulang ke rumah nanti," katanya ketika membuat lawatan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa di sini, tengah hari tadi.

Ahmad Bashah berkata, bantuan terbabit juga termasuk mangsa yang sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Bantuan kepada keluarga yang sudah pulang ke rumah ini akan disampaikan melalui wakil rakyat yang akan turun ke kawasan masing-masing.

"Kita juga menyediakan kotak Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) yang mengandungi barangan keperluan seperti beras, gula, garam dan kopi akan diedarkan di setiap pusat pemindahan untuk diberikan kepada mangsa banjir.

"Setidak-tidaknya apabila pulang ke rumah nanti, barangan keperluan untuk memasak sudah tersedia,"katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang bermula sejak 2010 berjaya mengurangkan jumlah mangsa banjir.

"Kalau berdasarkan keadaan hujan sekarang ini, banjir dijangka lebih buruk dan melibatkan lebih ramai mangsa.

"Tetapi dengan projek RTB , air banjir mampu dikawal di sesetengah kawasan. Kerajaan negeri juga akan pastikan projek RTB yang belum siap, akan dipercepatkan," katanya.

Oleh : Roshila Murni Rosli

Sumber : Sinar

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

195031
Bulan IniBulan Ini937

Kemaskini

Last Update:
General update: 17-10-2017 06:24

QR KOD

 Scan QR Code Anda Di sini