'UMPAMA MENGEMBARA KE ALAM MIMPI'

Written by Super User. Posted in Utama

5umpama

LANGKAWI 5 Julai - Langkawi SkyCab, sistem kereta kabel lebih 4,000 meter panjang yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang setinggi 708 meter di sini, disenaraikan sebagai antara 10 sistem kereta kabel terbaik dunia oleh sebuah laman sesawang pengembaraan antarabangsa.

Smartertravel.com meletakkannya setaraf dengan Loen Skylift di Norway, kereta kabel CabriO Stanserhorn (Switzerland) dan Sugarloaf Mountain Bondinho (Rio de Janeiro, Brazil), yang merupakan antara 10 tempat terkemuka yang menawarkan pengalaman menaiki kereta kabel paling menakjubkan.

Penulisnya, Jamie Moore, menyifatkan pengalaman menaiki Langkawi SkyCab seperti “membawa pengembara ke alam mimpi untuk menikmati pemandangan pulau legenda ini yang terletak di pantai barat laut Malaysia dan berhampiran sempadan Thailand.

“Di bahagian atas sekali terdapat antara perkara yang menjadi mercu tanda Malaysia, SkyBridge, jambatan pejalan kaki yang menjulang tinggi di satu kawasan hutan yang belum terusik dan merupakan antara jambatan gantung melengkung terpanjang di dunia.”

Langkawi SkyCab adalah satu daripada dua operasi kereta kabel di Asia yang diletakkan dalam senarai 10 sistem kereta kabel paling terkemuka dunia, di samping Ngong Ping 360 di Pulau Lantau, Hong Kong.

Sumber : Sinar

    

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

195031
Bulan IniBulan Ini937

Kemaskini

Last Update:
General update: 17-10-2017 06:24

QR KOD

 Scan QR Code Anda Di sini