Perutusan

Written by Super User. Posted in Profil

 

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan.Selamat datang ke Laman Web Rasmi  Pejabat Daerah Kulim.Laman web ini dibina bagi memudahkan carian serta capaian maklumat oleh seluruh kelompok masyarakat.Pembangunannya adalah selaras dengan seruan kerajaan bagi memastikan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web masing-masing.Ini kerana perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat membangun yang mana semua pengguna boleh mengakses maklumat melalui hujung jari sahaja.Dengan perkembangan arus teknologi maklumat berkenaan Pejabat Daerah Kulim telah maju setapak ke hadapan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat serta menjadikan Pejabat Daerah Kulim berjalan seiring dengan jabatan-jabatan kerjaan lain dalam meyampaikan maklumat melalui teknologi terkini yang sedia ada.

Adalah diharapkan agar laman web Pejabat Daerah Kulim mampu memberi penerangan serta maklumat tentang peranan,tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pejabat Daerah Kulim.Laman web juga sedaya upaya cuba untuk menyediakan profil berkaitan Daerah Kulim untuk tatapan dan makluman semua pihak.Berita-berita terkini berkaitan Pejabat Daerah akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi membolehkan orang ramai mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang berlaku.Diharap dengan kehadiran laman web ini,orang ramai lebih memahami akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oelh Pejabat Daerah Kulim.

Pihak Pejabat Daerah sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan,cadangan,komen serta maklumbalas membina daripada semua bagi tujuan penambahbaikan laman web dari masa ke semasa.

Sekian,Terima Kasih.

HAJI MOHAMAD BIN CHE NAI,SDK.,AMK.,BCK

(PEGAWAI DAERAH DAN PENTADBIR TANAH KULIM)

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

189290
Bulan IniBulan Ini1372

Kemaskini

Last Update:
General update: 22-06-2017 05:50

QR KOD

 Scan QR Code Anda Di sini