Mengenai Kami

Written by Super User. Posted in Utama

Sejarah

Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu
dengan jumlah penduduk seramai 100 orang yang berasal dari keturunan melayu Pattani. Nama
Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar "Kulim"
mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim" (nama
saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)

 

pokok kulim

 


Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara negara
ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Buah pokok ini digunakan
sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak.. Pokok ini mengeluarkan
buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu
pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.


Menjelang pertengahan abad ke 19, Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih
timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan
perlombongan bijih timah yang terawal dibuka ialah di Belakang Tebok. Lombong bijih timah
yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulimk seperti Taman Tunku Putra, kampong Bukit
Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah
syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pad tahun 1988
tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah.
Peristiwa ini dikenali sebagai “Perang Kulim”. Kajadian ini tercetus kerana tauke-tauke
lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri merebut seorang Cina yang cantik atau
wanita simpanan. Tauke-tauke ini telah menggunakan pekerja-pekerja lombong masing masing
dalam pergaduhan tersebut. Keamanan penduduk terancam dan pergaduhan ini telah
berlanjutan bertahun-than lamanya dengan mengorbankan ramai orang. Insiden Perang Kulim
1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E.
Mitchell sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun
1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada dibawah pemerintahannya.
Hanya pada tahun 1923 barulah sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa
Kedah secara rasmi menjadi naungan British.


Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang
terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal. Bekas
pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri
Perak iaitu di kawasan Larut, Macang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka
Daerah Kulim. Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di Negeri
Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan
Kongsi antaranya Kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering ditubuhkan oleh pekerja-pekerja
lombong Negeri Perak bagi menerbut kawasan yang kaya dengan bijih timah.


Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas laluan belukar di kawasan Kulim
menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketuka iti sudah
menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembiukaannya oleh
Inggeris pada tahun 1786. Ketia melalaui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati
dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan
untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih.

Diantara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation,
Sekolah Menengah St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan.
Sekolah menengah Badlishah (1948), balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala Jam Merdeka
Kulim telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah pada 15 September 1957
yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi Bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri
megah lebih 50 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada 1957. Batu asas Jam
Merdeka ini telah dibuat oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan
dalam tempah 3 bulan dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah Ibni
Almarhum Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, K.O.M.., C.M.G., K.B.E.,
Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan pada
31 Ogos 1957.

   


Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

195031
Bulan IniBulan Ini937

Kemaskini

Last Update:
General update: 17-10-2017 06:24

QR KOD

 Scan QR Code Anda Di sini